Cara Meningkatkan Kasih Sayang Suami
Isteri
Selepas beberapa tahun berkahwin, hati mulai terasa
bosan dengan pasangan. Mengapa hal ini boleh terjadi? Pupuklah kembali rasa
kasih sayang itu agar kehangatannya seperti anda baru berkahwin. Buntu
memikirkan caranya? Baca dan telitilah 88 cara yang tertera di bawah:-
1. Tunggu suami di pintu
Suatu perkara yang disenangi oleh pihak suami ketika
dia pulang kerja ialah isteri bersedia dengan muka yang manis di hadapan muka
pintu. Tentu hilang segala keletihan yang ditanggung oleh suami di tempat kerja
apabila melihat senyuman manis isteri. Apatah lagi, si isteri menyediakan
segelas air untuk melepaskan dahaga. Tentu cik abang tambah sayang!
2. Pasang VCD cerita filem pertama yang
anda tonton semasa ‘date’ pertama dan sajikan makanan enak
Masihkan anda ingat lagi waktu anda pertama kali keluar
dengan si dia? Amboi! Waktu itu semua dirasakan indah belaka. Harap anda masih
ingat lagi cerita filem yang anda berdua tonton sewaktu pertama kali keluar
berdua. Hah! Apa lagi, pinjam semula cerita itu dari mana-mana kedai dan
tontonlah semula. Suami atau isteri anda pasti tersenyum dan faham maksud anda.
Tambah merancakkan lagi, hidanglah makanan yang enak-enak ketika menonton.
3. Ikut bermain mainan kegemarannya
walaupun anda tak suka
Kegemaran suami mungkin bukan kegemaran anda. Begitu
juga suami yang tidak menggemari hobi isteri seperti memasak atau berkebun.
Apapun, isteri contohnya bolehlah cuba berjinak-jinak dengan kegemaran suami
yang suka bermain badminton. Jika anda tidak pandai bermain badminton cukuplah
sekadar menjadi penonton ketika dia bermain dengan rakan-rakannya. Tambah manis
jika anda membantunya mengelap peluh atau sekurang-kurangnya menuang air
untuknya.
4. Nyanyikan lagu kegemaran anda berdua
sewaktu dalam perjalanan
Masa asyik bercinta dulu, pasti anda berdua ada
meminati lagu-lagu tertentu. Lagu ‘Yesterday
’ contohnya menjadi kegilaan pasangan yang
begitu asyik bercinta sedikit masa dahulu. Atau setidak-tidaknya mungkin lagu
daripada penyanyi tempatan seperti ‘Dua
Insan Bercinta’ nyanyian Ella boleh
dijadikan tema percintaan anda berdua. Apa kata, setelah masuk tahun kelima
anda berumahtangga ini, nyanyikan semula lagu-lagu tersebut ketika anda
berdua-duaan. Pasti suasana menjadi syahdu sekali.
5. Baiki bajunya yang koyak dan kemaskan
almarinya
Sekali-sekala, beleklah baju-baju lama suami dan
jahitlah mana-mana baju atau kainnya yang koyak. Selain itu anda boleh mengemas
almari bajunya supaya kelihatan kemas dan sedap mata memandang.
6. Tempah mug dengan foto anda berdua
Barangkali idea untuk menempah mug yang tertera wajah
anda dan pasangan mungkin idea yang sungguh menarik. Mug bukanlah mahal sangat
tetapi dengan meletakkan gambar anda berdua ia akan menjanjikan kenangan seumur
hidup yang sangat manis. Anak-anak pun tumpang gembira kerana wajah ibubapa
mereka boleh ditatap setiap hari.
7. Tatap anak matanya dalam-dalam
Setiap hari apabila anda bangun daripada tidur anda
mungkin lupa untuk menoleh pasangan anda di sebelah. Namun, hari ini mulakan
dimensi baru dalam hidup anda. Kejutkan pasangan anda dan tataplah anak matanya
dalam-dalam dengan renungan yang sungguh manja. Pasangan anda mesti gembira
bercampur terkejut dengan tindakan anda. Itulah yang perlu dilakukan untuk
menghangatkan kembali sebuah hubungan kasih sayang.
8. Kejutkan dia dan ajak berkelah hujung
minggu
Hendak ke mana hujung minggu ini? Bangun daripada
tidur bersiap-siaplah dengan kelengkapan berkelah dan kejutkan pasangan anda
yang tengah nyenyak tidur. Katakan kepadanya yang anda mahu membawanya berkelah
di suatu tempat yang istimewa. Biarkan dia terpinga-pinga kerana anda memang
mahu membuat kejutan untuknya.
9. Lakukan spa atau sauna bersama
Setelah anda penat bekerja, anda berdua tentu ingin
memanjakan diri anda dengan sesuatu yang berbaloi. Pergilah ke mana-mana pusat
gim atau pusat peranginan yang menyediakan perkhidmatan spa atau sauna. Bawa
pasangan anda ke spa atau sauna dan nikmati ia bersama-sama dengan penuh
kepuasan.
10. Jangan asyik meminta-minta tapi tak
beri langsung
Jangan meminta perkara yang bukan-bukan daripada
pasangan. Sekarang, bukan sahaja perempuan dikaitkan dengan istilah ‘pisau cukur’ tetapi lelaki pun tidak
kurang juga bakatnya dalam bidang ini. Jadi, berpada-padalah apabila meminta
dengan pasangan.
11. Isi beg kerjanya dengan makanan
kegemarannya dalam diam-diam
Pasangan anda mungkin tidak pernah menjangkakan bahawa
beg kerjanya diletakkan dengan makanan kegemaran. Anda boleh memasak makanan
kegemarannya dan letakkan secara diam-diam ke dalam begnya. Apabila dia di
tempat kerja nanti, tentu dia terkejut apabila di dapati makanan kegemarannya
sudah sedia untuk di makan.
12. Buat tanda ciuman atau nota cinta
pada kertas dan letakkan di dalam buku/akhbar yang dibaca
Memang sesuatu yang erotis jika kita dapat melekapkan
bekas ciuman atau nota cinta anda dan hadiahkan kepada pasangan. Caranya,
letakkan kertas yang memiliki bekas ciuman tersebut ke dalam helaian terakhir
buku yang sedang dibacanya. Pasti teman anda terkejut apabila dia membuka buku
keesokkan harinya.
13. Rakam acara sukan yang tak sempat
ditontonnya
Kebetulan pada hari yang dinanti-nantikan, pasangan
anda terpaksa keluar kerana ada mesyuarat atau hal lain. Jadi, jika ada
perlawanan bola sepak yang disiarkan secara langsung, elok anda rakamkan dan
tunjukkan kepadanya bila dia pulang.
14. Buat ‘surprise party’ di
restoran kegemaran
Anda boleh mengadakan surprise party untuk
pasangan anda di mana-mana restoran eksklusif. Parti yang dimaksudkan mungkin
terdapat acara yang boleh memberikan pengalaman paling manis untuk mengeratkan
lagi kasih sayang anda berdua. Makanlah sepuas-puasnya kerana ini adalah hari
untuk anda berdua.
15. Sediakan makanan kegemaran walaupun
anda tidak suka
Anda mungkin tidak sukakan hidangan pucuk ubi gulai
tempoyak tetapi pasangan anda amat menyukainya. Cubalah memasak hidangan itu
untuk suami biarpun anda sendiri kurang menggemarinya. Mudah-mudahan hati anda
menjadi lembut untuk menyukai makanan tersebut dan cik abang pula tambah sayang
pada anda.
16. Sesekali jemput dia dari tempat
kerja ajak dia makan malam
Meskipun anda berdua mempunyai kereta sendiri, apa
salahnya satu hari anda menghantar dan menjemputnya dari pejabat. Dan singgah
di restoran yang terkenal. Biarkan dia terasa dilayan bagaikan puteri.
17. Bangunkan suami dan nikmati matahari
terbit
Sewaktu anda terbangun daripada tidur yang lena,
kejutkan suami anda yang masih tidur. Ajak dia menikmati keindahan matahari
yang tengah terbit. Suasana pasti menjadi bertambah romantis apabila anda
berdua-duaan tanpa gangguan.
18. Picit bahunya sewaktu dia relaks
atau menonton televisyen
Alangkah indahnya kalau ada orang yang memicit bahu
atau kaki ketika kita sedang berehat sambil menonton televisyen. Jadilah dayang
atau hulubalang yang sedia melakukan apa sahaja untuk membahagiakan tuannya.
Jika mahu gunakan skrip purbawara sebagai gurauan kepada pasangan.
19. Lakukan tugas kecil yang tak sempat
dilakukannya
Semua suami akan rasa berbesar hati jika para isteri
dapat membereskan tugas-tugas kecil seperti membayar bil api, air atau telefon
yang tidak sempat dilakukan oleh suami. Tugas-tugas kecil ini nampak remeh
tetapi sebenarnya amat membantu para suami. Jika anda berjaya membantu suami,
memang nampak sangatlah anda berdua mengamalkan sikap tolak ansur.
20. Belai atau elus rambutnya dengan perlahan
Para isteri mahupun suami sangat suka rambut mereka
dibelai atau dielus dengan lembut. Apa kata, selepas anda makan malam dan
berehat-rehat di anjung rumah, ambil peluang ini untuk membelai rambut pasangan
dengan belaian yang paling lembut dan erotis.
21. Belai badannya dengan buih
mandian atau buat manicure
Kasih dan sayang akan bertambah hangat apabila anda
bersedia untuk membelai pasangan dengan buih mandian. Aktiviti ini boleh
dilakukan ketika mandi bersama pasangan. Selepas puas bermandi-manda buih,
lakukan manicure (penjagaan kuku) pada suami. Siapa kata suami tidak
boleh lakukan manicure untuk isteri?
22. Pakai perhiasan hadiah daripadanya
Pada hari-hari ulang tahun atau hari istimewa, anda
mungkin memperoleh hadiah daripada suami. Jika dia menghadiahkan anda seutas
rantai leher, pakailah rantai tersebut dengan perasaan bangga. Pasangan anda
pasti turut berasa bangga.
23. Biarkan dia bermalas-malas pada hari
rehat tanpa gangguan
Sekali-sekala suami ingin menjadi seperti raja yang
boleh bermalas-malasan sesuka hati di atas katil. Sebagai isteri anda bolehlah
membiarkan suami bermalas-malasan seketika. Mungkin si suami mendambakan
‘privacy’ seketika.
24. Sesekali biar dia menang dalam
permainan anda dengannya
Jika anda berdua memang kaki catur atau karom dan anda
selalu menang. Maka kali ini, anda perlu memberi peluang pada pasangan untuk
menang. Anda boleh lihat reaksinya yang begitu seronok kerana dapat mengalahkan
anda. Apabila melihat kepuasannya itu, biarkan dia hanyut seketika dalam
khayalannya itu.
25. Tunjukkan senyuman pada pasangan
Senyuman manis pasangan adalah penawar paling mujarab
untuk merawat hati yang gundah dan risau. Jadi, anda janganlah kedekut dengan
senyuman. Senyumlah sentiasa khas untuk pasangan tersayang. Hati pasangan jadi
tenang dengan senyuman anda. Siapa yang untung jikalau tidak anda dan keluarga
anda!
26. Sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu beri ciuman curi tapi mesra di telinga dan lehernya
Susah sangatkah untuk menghadiahkan sebuah ciuman curi
mesra di telinga dan leher suami atau isteri anda? Mudah sahaja. Apabila anda
melihat pasangan anda sedang leka, maka hadiahkanlah dia dengan ciuman atau
kucupan paling hangat dan bermakna. Tidak payah kata-kata puisi, satu ciuman
sudah cukup untuk merungkaikan segala-galanya.
27. Jangan berleter panjang jika dia
melakukan kesilapan
Semua orang melakukan kesilapan. Apatah lagi kita yang
berumahtangga ini. Jika suami mahupun isteri telah melakukan kesilapan yang
tidak disengajakan mahupun yang memang disengajakan, janganlah berleter panjang
untuk melepaskan rasa marah. Para suami khasnya memang tidak gemar mendengar
isteri berleter biarpun di atas perkara yang sangat kecil.
28. Risik hadiah apa yang dimahukannya
untuk ulang tahun
Setiap kali menjelang ulang tahun perkahwinan ataupun
peningkatan usia pasangan, risik-risiklah hadiah apa yang dia mahukan. Pergilah
beli hadiah tersebut secara bersembunyi yakni tanpa diketahui oleh pasangan.
Berikan hadiah tersebut padanya dan cuba lihat reaksinya yang terlalu gembira.
29. Jangan mengata pasangan bertambah
gemuk dengan nada kejian
Anda sendiri tidak gemar dikatakan gemuk apatah lagi
pasangan anda. Boleh menegur tetapi biarlah beralas. Lelaki ‘boroi’ memang
melucukan. Namun, suami anda sendiri mungkin tidak gemar dikatakan gemuk
mahupun boroi.
30.Biarkan dia memilih filem yang hendak
ditonton bersama
Jika anda mahu memilih filem untuk ditonton bersama,
berilah si dia peluang untuk memilih filem. Siapa tahu filem pilihannya memang
bagus untuk ditonton. Sewaktu menonton, janganlah terlalu banyak mengulas atau
mengkritik biarpun anda memang tidak gemar jalan ceritanya.
31. Datang ke pejabatnya diam-diam dan
kejutkan dia dengan hadiah istimewa
Anda boleh datang ke pejabatnya secara diam-diam dan
berikan dia hadiah yang disukainya. Pasangan anda pasti terharu dengan tindakan
anda. Lebih-lebih lagi dia memang tidak menjangkakan perkara tersebut akan
berlaku dalam hidupnya.
32. Berusahalah untuk dapatkan tiket
acara sukan yang diminatinya.
Bagi isteri yang suaminya kaki ‘sukan’ memang
bagus sangatlah jika si isteri membelikan tiket untuk suaminya yang tercinta.
Si isteri perlu prihatin selalu dengan iklan sukan yang dijadual berlangsung.
33. Tertawalah dengan gurauannya
walaupun tidak terlalu lucu
Walaupun suami anda bukan Mr Bean dan isteri anda
bukan Jihan Muse apa salahnya tertawa apabila mendengar lawak jenakanya.
Walaupun tidak lucu, sekurang-kurangnya anda tersenyum dan mengiyakan lawaknya
itu. Terubat jugalah hati pasangan anda.
34. Puji bahagian tubuhnya yang anda
anggap seksi
Mesti ada bahagian tubuh suami atau isteri yang boleh
dipuja dan anggap seksi di mata anda. Pujilah bahagian tubuh yang seksi itu.
Katakan kepada pasangan anda yang anda sukakan bahagian tubuh pasangan anda
yang seksi itu. Ops… tidak tahu bahagian mana yang seksi? Anda sebagai pasangannya
mesti tahu zon-zon seksi dan berahi tersebut.
35. Kirim SMS dan katakan ‘I love U’
Seiring dengan zaman yang serba canggih ini, anda
boleh mengirim SMS dan taiplah ungkapan keramat ‘I Love U’dan tekan butang send.
Tunggu sebentar dan nantikanlah balasan SMS darinya pula yang pastinya
mengandungi kata-kata manis untuk anda.
36. Bersikap manis dan hormat pada
mertua
Jangan biarkan muka yang kusam dan masam menghiasi
wajah anda terutamanya ketika menziarahi mertua. Bersikap manislah di hadapan
ibu mertua dan sanak saudara sebelah pasangan anda. Mudah-mudahan pasangan anda
rasa terharu dan menghargai apa yang anda lakukan itu.
37. Biarkan dia memakai baju yang
disukainya
Walaupun anda adalah pasangannya, anda tidak berhak
untuk memaksa pasangan untuk memakai pakaian yang anda suka dan hanya cantik di
mata anda sahaja. Berikan dia sepenuh kebebasan untuk memilih dan memakai
pakaian kegemarannya sendiri.
38. Tidak membuat pasangan
tertunggu-tunggu
Kebanyakan orang memang tidak gemar menunggu, tetapi
hanya sedikit yang tidak gemar orang tertunggu-tunggu kehadirannya. Jadi,
jangan jadikan pasangan anda patung bernyawa di tempat yang dijanjikan. Kasihan
dia, dah lenguh lehernya memandang kiri dan kanan, tapi wajah yang dicari tak
kunjung tiba. Takut nanti dia angkat punggung, anda pula yang jadi ‘patung’.
39. Tunjukkan kegembiraan atas perkara
yang diminatinya
Jika pasangan anda gemar membelek-belek set kristalnya
menjelang malam, janganlah anda berleter dengan minatnya itu. Cuba tunjukkan
kegembiraan dan berkongsilah kegembiraan itu dengan anak-anak. Jangan
menunjukkan kebencian terhadap minat pasangan. Sokonglah minat suami atau
isteri seberapa yang anda mampu.
40. Berpakaian kemas di hadapan pasangan
Salah satu cara untuk mengikat kasih sayang suami
isteri ialah sentiasa berpakaian kemas dan bersih ketika berhadapan dengan
pasangan mereka. Jika anda serebeh sana sini, sesiapapun memang tidak gemar
mendekati. Berpakaian kemas bukanlah bermaksud anda mesti lengkap berkebaya
siap bersanggul atau yang suaminya berbaju Melayu bersamping. Cukup sekadar
pakaian yang bersih, berbau harum dan menyenangkan mata memandang.
41. Beri galakan kepada pasangan
Ada ketikanya anda rasa sudah lali dengan pasangan.
Dalam perkataan lain, perhubungan jadi hambar dan tidak bermakna. Anda sudah
jemu dengan aktiviti harian anda bersamanya. Dan anda rasa masa depan anda dengannya
gelap. Sebenarnya anda perlu sentiasa berikan galakan kepadanya. Sebagai
pasangan, anda perlu jadi pemangkin kepadanya bukannya mengharap yang
sebaliknya. Galakkan dia untuk melakukan aktiviti yang lebih menyeronokkan dan
lebih bersungguh-sungguh membina kerjaya. Supaya anda nampak masa depan
bersamanya.
42. Kenali pasangan dengan sempurna
Percaya atau tidak jika dikatakan bahawa tidak semua
suami atau isteri mengenali dengan sempurna pasangan masing-masing. Kalau
ditanya berapa tahi lalat suami, mungkin ada isteri yang tidak tahu jawapannya.
Namun, bukanlah itu semua yang harus diperhati. Banyak aspek lain lagi mengenai
suami yang anda tidak tahu. Umpamanya, mungkin suami tidak gemar sikap boros
dan sangat berjimat. Anda perlulah peka situasi ini.
43. Pelajari keinginan pasangan
Cuba risik apa keinginannya. Tidak kira makanan,
pakaian, hobi atau di tempat tidur. Persembahkan sesuatu yang digemarinya
sekadar yang termampu. Jika tiidak melampau, apa salahnya anda ikuti
kehendaknya.
44. Beri pujian terhadap pasangan
Memuji pasangan dengan ikhlas banyak gunanya.
Kata-kata yang manis memang dapat menambat hati isteri. Puji-memuji memang baik
untuk lebih mengeratkan lagi sebuah perhubungan. Hari ini mulakan memuji
masakan isteri. Pasti isteri akan tersenyum riang dengan pujian tersebut.
45. Berterima kasih pada pemberian
pasangan
Sikap berterima kasih sangat perlu untuk menyatakan
kesyukuran kita terhadap pemberian seseorang terutamanya suami atau isteri.
Apabila suami menghadiahkan sesuatu, isteri perlulah mengucapkan terima kasih.
Walaupun pemberiannya itu dianggap kecil dan murah harganya, bersyukurlah.
Begitulah sebaliknya.
46. Bercakap dengan lembut dan merendah
diri
Ketika bercakap-cakap dan berbicara , bercakaplah
dengan nada suara yang lembut dan perlahan. Selain itu, merendah dirilah dengan
suami kerana dia ketua keluarga. Jika perkara diamalkan setiap hari di dalam
rumah. Bukan sahaja, rumahtangga akan menjadi harmoni malah anak-anak akan
turut terdidik agar belajar berbicara dengan lembut dan sopan.
47. Beri tumpuan apabila pasangan
bercakap
Memberi tumpuan ketika pasangan bercakap amat penting
untuk menghormati dia sebagai suami. Elakkan daripada membuat perkara-perkara
lain ketika dia bercakap. Apabila isteri memberi tumpuan ketika suami sedang
bercakap, suami akan berasa dihargai dan dihormati. Semoga dengan cara ini
bertambah eratlah kasih sayang. Begitulah sebaliknya suami perlu beri perhatian
apabila isteri bercakap.
48. Tepati janji terhadap pasangan
Jika berjanji dengan suami atau isteri cuba tepati
janji tersebut. Jika anda tidak mampu untuk menunaikan janji tersebut, telefon
atau beritahu lebih awal. Ini lebih memudahkan pasangan anda.
49. Pelihara personaliti
Sebagai seorang isteri atau suami anda, anda perlulah
menjaga personaliti di mana-mana sahaja. Jaga air muka pasangan dan
pertingkatkan kehormatan pasangan anda dengan menjaga tingkah laku. Bukannya
apa, kalau orang memuji anda seorang yang menjaga personaliti, tentulah nama
suami atau isteri anda pun baik sama. Dan kalau anda difitnah pula, pasangan
anda pun akan mendapat malu juga.
50. Sentiasa di sisi pasangan pada waktu
susah dan senang
Bukan mudah untuk menjadi pasangan yang baik. Pasangan
yang setia ialah pasangan yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.
Tidak kira apa jua yang melanda, anda harus sentiasa memberikan sokongan kepada
pasangan masing-masing.
51. Berfikir secara positif
Suami atau isteri perlu bersikap positif terhadap diri
masing-masing. Dalam sebuah rumahtangga, jika tiada perasaan positif ini maka
sukarlah untuk membina sebuah keluarga yang berjaya. Sikap negatif mudah masuk
dan menguasai jika kita tidak berfikiran positif.
52. Mendoakan pasangan
Doa suami terhadap isteri
dan doa isteri kepada suami amat diterima Allah s.w.t. Justeru, doakanlah
pasangan anda perkara yang baik-baik seperti doa panjang umur dan murah rezeki.
Rasionalnya mendoakan pasangan ialah kerana anda sayangkan pasangan anda.
53. Jadilah kawan karib pasangan
Tidak ramai para isteri
atau suami yang boleh menjadi rakan karib kepada pasangan mereka. Kebanyakannya
hanya menganggap pasangan sebagai suami atau isteri, tidak lebih daripada itu.
Mereka janggal untuk berbicara dari hati ke hati dengan pasangan. Menjadi rakan
karib pasangan boleh mengeratkan lagi kasih sayang yang sedia ada.
54. Berbincang dengan pasangan
Jika ada sesuatu perkara
yang anda rasa tidak puas hati mengenai pasangan anda, bawa berbincang. Jangan
pendamkan rasa tidak puas hati anda hanya di dalam hati. Luahkan semua
ketidakpuasan hati anda kepada pasangan anda itu. Hal ini penting supaya anda
berdua tidak berprasangka buruk terhadap pasangan.
55.Lazimnya isteri dilabelkan sebagai
suka merungut terhadap sesuatu perkara
Itu tidak cukup ini tak
cukup. Itu nak tukar ini nak tukar. Tapi, suami pun apa kurangnya. Sering
merungut rumah bersepah, anak selekeh, masakan tak sedap dan macam-macam lagi.
Apa kata kalau masalah itu diselesaikan bersama. Kalau hal kewangan, sama-samalah
cari jalan untuk selesaikan. Jangan perlekehkan potensi wanita untuk cari duit
lebih.
Kalau hal rumahtangga, suamipun kenalah turun padang. Jangan asyik komplen
sahaja. Kalau lantai atau pinggan mangkuk kotor, andalah yang cuci. Suami kalau
digunakan tenaganya untuk menguruskan rumah, mereka mampu jadi lebih hebat
daripada isteri. Jangan perlekehkan peranan lelaki sebagai suami rumahtangga.
56. Ingat tarikh penting
Sila ingat tarikh penting
pasangan seperti tarikh ulang tahunnya. Tarikh ini penting untuk diingati
kerana pasangan pasti akan rasa dihargai jika orang yang tercinta ingat akan
tarikh ulang tahun kelahirannya dan meraikan pula hari tersebut bersama-sama.
Seks yang sihat sangat
penting untuk menjamin rumahtangga yang bahagia. Amalkan seks yang sihat ini
bersama suami anda. Elakkan seks yang songsang dan menongkah arus. Seks yang
sihat menjamin kesihatan fizikal dan mental yang sihat.
Bukan wanita sahaja yang boleh jadi jururawat, lelaki
pun tidak kurang hebatnya. Jika pasangan sakit atau demam, anda wajar bertindak
sebagai jururawatnya. Iringi dia ke klinik dan turut sama sertai perbincangan
dengan doktor. Sedia dan uruskan keperluannya dan buatkan dia selesa. Bersihkan
tubuhnya dan beri dia pakaian yang bersih. Sisirkan rambutnya dan urut perlahan
tubuhnya. Jika perlu hiburkan hatinya dengan jenaka atau gurauan anda agar
bebannya menanggung kesakitan dapat dikurangkan.
56. Pupuk hobi bersama
Anda boleh memupuk hobi
bersama. Katakanlah hobi suami anda ialah memancing. Setiap hujung minggu dia
akan memancing. Mula-mula anda mungkin tidak kisah akan hobinya itu. Apabila
dia mulai ketagih dengan hobinya itu anda mungkin rasa tidak senang hati.
Pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa ‘if you can’t beat them, you join them’.
Justeru, pupuklah hobi memancing bersama suami. Ikutlah dia memancing dan
cubalah untuk mencintai aktiviti memancing.
60. Agama sebagai tiang agama
Agama amat penting sebagai
teras sesebuah keluarga. Tanpa agama sesebuah rumahtangga sukar untuk
dipertahankan. Agama sangat mustahak sebagai kayu pengukur utama keharmonian
sebuah keluarga. Ketua keluarga atau suami yang tidak memiliki asas pengetahuan
agama tidak mampu mengemudi keluarganya dengan baik.
61. Tidak bercakap perkara tidak senonoh di hadapan pasangan
Bercakap mengenai
perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti mengumpat hal orang lain, menyibuk
hal seseorang dan menceceh tidak tentu fasal setiap jam, pasti membuatkan orang
lain bosan dengan anda. Apatah lagi pasangan anda yang sentiasa berada di sisi
anda. Cubalah kawal percakapan anda dan juruskanlah ia kepada perkara-perkara
penting sahaja.
Bertolak ansur adalah suatu
sikap yang paling baik dalam sesebuah rumahtangga. Tanpa unsur tolak ansur,
pasangan suami isteri akan sentiasa berasakan bahawa mereka sahajalah yang
wajib dituruti. Perkara ini salah. ‘Give anda take’ perlu ada untuk
mengindahkan lagi sebuah perkahwinan dan hubungan kasih sayang.
63. Rangkullah pasangan
Tentu romantik dan indah
sekali apabila suami anda tiba-tiba memeluk sewaktu anda sibuk dengan tugasan
di rumah. Tambah romantik lagi, tengkuk anda dirangkul dan hinggap sebuah
ciuman khas untuk anda. Mahu apa lagi. Tentu anda begitu gembira dengan tindakannya
itu.
64. Ada sifat malu
Setiap pasangan tidak wajar
berasa malu untuk meluahkan perasaan mereka sama ada dengan kata-kata atau
tindakan. Bagaimanapun, setiap pasangan perlu ada sedikit perasaan malu pada
diri sendiri misalnya masih mengekalkan kesopanan ketika makan, menjaga
tatasusila di depan tetamu. Kadang-kadang sikap yang dikatakan malu-malu kucing
itulah yang dapat meningkatkan kemesraan. Yang penting sifat malu ini biarlah
bertempat.
65. Jangan cabar kesabaran pasangan
Suatu sikap yang negatif dalam
rumahtangga ialah sikap suami atau isteri yang suka mencabar kesabaran
pasangannya. Kenapa perlu mencabar ego suami atau isteri. Jika anda berasa
sesuatu tidak kena dengan perjalanan rumahtangga anda, berbincanglah dengan
pasangan anda. Jangan mengambil jalan mudah jika masalah tidak dapat
diselesaikan. Mungkin masa yang lebih panjang dan pengalaman yang lebih luas
mampu mengendalikan pasangan masing-masing.
66. Tidak mengkritik pasangan membuta tuli
Kebanyakan pasangan tidak
gemar dikritik membuta tuli. Jika anda ingin mengkritik, kritiklah dengan cara
berhemah. Kritiklah dengan rasa keinsanan yang tinggi. Ibarat kata pepatah
‘menarik rambut daripada tepung, rambut tak putus, tepung tidak tumpah.’
67. Manjakan pasangan
Setiap insan memang suka
dimanjakan apatah lagi yang memanjakannya ialah pasangan tercinta. Memanjakan
pasangan cukup sekadar dengan mengurut-urut badannya dan letakkan kepalanya
diriba anda sambil anda mengelus-elus rambutnya dengan lembut.
Setiap hari dibebankan
dengan tugasan di pejabat dan karenah anak di rumah, sudah tentu anda rasa
tertekan. Ambillah peluang untuk pergi melancong ke destinasi yang menarik.
Rancang percutian anda berdua dengan aktiviti-aktiviti yang romantik seperti
berlayar berdua-duaan di dalam kapal layar disewa khas. Biarpun nampak mewah
dan belanjanya agak besar namun ia berbaloi.
Suami anda mengembur tanah.
Anda pula menanam benih pokok. Suatu jalinan kerjasama yang patut dilakukan
oleh pasangan untuk mengeratkan lagi kasih sayang. Mencangkul bersama-sama
begitu juga menyiram pokok bunga. Nampak mesra sekali.
70. Mandi bersama
Jika anda mandi bersama tidak mendatangkan apa-apa manfaat, anda
silap. Mandi bersama akan menerbitkan rasa kasih sayang yang sungguh luar biasa
antara anda dan pasangan.Jika anda ingin tahu sejauh mana keberkesanan mandi
bersama, cubalah hari ini. Ajak pasangan anda mandi bersama. Anda sabunkan dia
dan dia pula syampu rambut anda. Cubalah!.
71. Makan di luar
bersama tanpa kehadiran anak-anak
Makan di luar tanpa
kehadiran anak-anak akan membuatkan pasangan yang telah lama berkahwin rasa
muda kembali. Malah, akan teringat pula masa zaman bercinta dahulu. Rancang
satu hari tertentu untuk makan bersama pasangan anda. Tidak perlu ke restoran
yang mahal. Cukuplah dengan warung-warung atau restoran makanan segera.
72. Telefon pasangan untuk menyatakan kasih sayang
Anda boleh menelefon
pasangan di pejabatnya hanya untuk menyatakan perasaan kasih sayang anda
kepadanya. Nyatakan dengan penuh perasaan dan minta dia bereaksi dengan
perasaan anda itu.
73. Tolong pasangan mencuci pinggan dan kemas meja makan
Suami boleh membantu isteri
mencuci pinggan. Selepas makan, ambil pinggan di meja dan nyatakan pada isteri
bahawa anda akan membasuh pinggan. Ketahuilah bahawa sikap anda itu akan
menerbitkan rasa yang sungguh bermakna di hati isteri.
74. Rasa cemburu perlu ada untuk eratkan kasih sayang
Pasangan suami dan isteri
tidak boleh terlalu melepaskan pasangan mereka tanpa ada sedikit rasa cemburu.
Cemburu perlu ada. Namun, biarlah ia bertempat. Cemburu sebenarnya boleh
mengeratkan kasih sayang jika kena caranya.
Mungkin ramai yang
bersetuju bahawa keharmonian hubungan suami dan isteri bermula dari kamar
beradunya. Justeru, isteri perlulah bijak menghias bilik tidur. Kamar tidur
pasti menjadi lebih menarik jika dihiasi dengan jambangan bunga yang segar dan
paduan langsir yang berwarna-warni.
76. Hiasi bilik dengan lilin
Lilin sering dikaitkan
dengan suasana yang romantis. Ada pasangan yang sukakan kehangatan lilin
menghiasi bilik mereka.
77. Jangan merokok depan pasangan
Jika pasangan tidak suka
akan abu asap rokok, jangan merokok di hadapannya atau di dalam rumah. Anda
perlu menghormati keselesaannya. Lagipun, bahaya perokok pasif sama dengan
bahaya perokok aktif. Tapi jika anda tetap meneruskan tabiat itu, pastikan anda
memberus dahulu gigi dan berkumur dengan ubat kumur sebelum bermesra dengan
isteri, Takut nanti ada yang pitam tiba-tiba.
78. Tidak bercakap kasar dan keras
Sebagai seorang yang waras
dan matang anda tidak wajar bercakap dengan suara yang keras dan kasar. Jika
anda marah sekalipun, bawalah bertenang. Bercakap tanpa dikuasai oleh emosi.
Baik suami atau isteri, tiada siapa yang gemarkan pasangannya membentak atau
menengking.
79. Setiasa berbau wangi ketika bersama pasangan
Jika anda berbau busuk di
hadapan pasangan, anda akan dapat melihat reaksinya yang tidak senang dengan
anda. Sudah tentu anda rasa malu dengan tegurannya. Jika anda tidak mahu
ditegur begitu, maka ubahlah sikap anda. Pakailah haruman apabila berhadapan
dengan pasangan.
80. Berpegangan tangan sewaktu berjalan-jalan
Kenapa malu-malu hendak
berpegangan tangan dengan suami mahupun isteri jika berada di khalayak ramai?
Ambil tangan pasangan anda dan genggamlah dengan erat. Berjalan berpegang
tangan akan tambah mengeratkan lagi kasih sayang anda. Percayalah!
Apabila sudah berpegangan
tangan, kaitkan jari-jemari anda dengan jari-jemari pasangan anda itu. Jika
nakal sedikit, garu-garulah tapak. Tentu
pasangan anda rasa geli dan tertawa riang.
81. Sekali-sekala langgar tubuh pasangan secara tak sengaja dan raba bahagian tubuhnya yang erotis
Pernahkan anda melakukan perkara di atas? Kenapa tidak anda lakukan hari ini? Sentuh tubuh anda dengan tubuh pasangan secara tidak sengaja dan ambil kesempatan untuk meraba punggung atau pahanya dengan cara yang erotis dan memberahikan. Kadang-kadang ramai orang menganggap cara ini membuang masa. Tetapi anda boleh mencuba acara ini dan lihatlah kesannya kelak.
82. Jangan menipu pasangan
Jangan sekali-kali menipu
atau mencuri barang pasangan anda. Jika anda mengambil duitnya beritahu
pasangan anda dengan jujur. Menipu pasangan merupakan satu sifat yang sangat
buruk dan boleh mengundang kehancuran dalam sesetengah rumahtangga. Sekali dia
tertipu, sukar untuk dia percaya pada anda lagi.
Anda boleh mencuba cara ini
jika anda mahu. Malu? Kenapa mesti malu. Dia suami anda yang sah. Malam ini
sebelum tidur. Pakailah pakaian tidur paling jarang dan seksi yang anda miliki
tanpa memakai coli didalamnya. Godalah suami anda dengan gaya yang paling
berani.
84. Makan sepinggan
Kadang-kadang teringat
kenangan manis sewaktu bercinta. Makan sepinggan boleh berdua. Kali ini anda
boleh ulangi kembali sejarah manis anda sewaktu dulu-dulu. Makan sepinggan
berdua ini bukanlah membayangkan anda kedekut. Cuma, anda perlu buat
sekali-sekala untuk menambahkan lagi kasih sayang.
85. Jangan puji orang lain berlebihan
Tak puji dirinya tak apa. Tapi jangan puji orang lain
depannya. Pantang bagi si isteri jika suaminya memuji wanita lain secara
keterlaluan atau kerap di hadapannya. Jika anda ingin sangat memuji wanita itu
lihat dahulu ‘mood’ isteri dan siapa wanita itu. Jika ‘moodi’nya baik, mungkin
dia tidak berasa cemburu dan tertekan dengan pujian anda itu. Kalau setakat
Siti Nurhaliza, mungkin tidak mengapa.
86. Hiasi bilik tidur dengan sinar lampu yang samar dan romantik
Lampu tidur dengan cahaya
yang samar-samar dan romantik sangat membantu anda apabila berada di bilik
tidur bersama pasangan. Ada pasangan yang sukakan cahaya yang lebih gelap dan
ada yang sukakan yang sedikit cerah. Terpulang kepada anda.
Anda boleh membantu menyapu
krim pencukur pada saat suami anda sedang sibuk bercukur. Jadikan saat-saat ini
suatu aktiviti yang menyeronokkan.
88. Syampukan rambutnya saat anda mandi bersama
Bayangkan anda sebagai ‘syampoo
girl’ di salun rambut yang sedang membasuh dan meramas rambut pelanggan. Begitu
jugalah sewaktu anda syampukan rambut suami di saat anda mandi bersama.
Ramaslah dengan lembut rambutnya sehingga dia seolah-olah terlena dengan
belaian anda.
No comments:
Post a Comment