Wednesday, February 8, 2012

FAWWAZ MASUK HOSPITAL....






Hari Ahad sempena sambutan Maulidur Rasul aku dan keluarga bercadang untuk ke rumah adikku di Bagan Lalang, Sepang. Jam 5 petang baru baru bertolak ke sana. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam memberi peluang pada kami untuk bergurau dalam kereta...Macam2 cerita kami bualkan.

Sampai aje kat rumah adik (Mak Su)...masing2 terasa lapar. Aku terus ke dapur sementara ayahanda dan anak2ku membawa beg2 pakaian ke dalam bilik...Mak Su kurang sihat rupanya...jadi tak ada juadah minum petang....Apalagi macam lipas kudunglah aku siapkan minum petang merangkap makan malam...Along nak makan lempeng kelapa...Angah pula nak nasi goreng....Anak2 Mak Su yang seramai 6 orang tupun lapar...kesian...

Aku siapkan nasi goreng sementara menunggu Along ke kedai membeli kelapa..Semua makan dengan lahapnya...maklumlah lapar...

Jam 7:30 malam...aku dimaklumkan Fawwaz sudah tidur...pelik jugak sebab biasanya kalau sampai rumah Mak Su, dia akan bermain dengan sepupu2nya...Andaian aku mungkin dia penat kot..Mak Su nak masak lauk  untuk makan malam tapi semuanya dah kenyang...tangguhkanlah dulu...

Jam 8:30 malam...Fawwaz mengadu sakit perut...Masih tak cukup makankah anak aku ni? Macam biasalah aku sajalah yang kena usap perutnya....Orang lain dia tak nak...Ayahanda pula siap hancurkan paracetamol sebab Fawwaz memang tak boleh telan pil...Sakitnya tak juga reda...Pujuk punya pujuk akhirnya dia setuju untuk di bawa ke klinik...

Mulanya aku tak nak ikut...biar Along dengan ayahanda saja yang bawa Fawwaz ke klinik...Tapi faham ajelah anak bongsu...akhirnya aku terpaksa pergi menemaninya juga...

Jam 9:30 kami sampai ke sebuah klinik setelah dua klinik yang kami pergi sebelumnya tutup. Itupun kami adalah pelanggannya yang terakhir sebab pintu kliniknya ditutup selepas kami sempat masuk. Fawwaz tak tahan sakit lalu berbaring di ribaanku...Jam 10 malam nama Fawwaz dipanggil..Setelah diperiksa perutnya...Doktor minta urine Fawwaz diuji...Selepas mendapat keputusan urine...darah Fawwaz pula diambil untuk pemeriksaan...Selepas mendapat keputusan ujian darah...Doktor sarankan agar aku segera bawa Fawwaz ke hospital kerana dia suspek appendiks.

Selepas menjelaskan bil...kami bergegas balik ke rumah Mak Su. Ayahanda menelefon angah berkemas kerana kami terpaksa balik ke KL malam tu jugak...Sampai rumah Mak Su ...kami masukkan semula beg2 pakaian ke dalam kereta...Jam 11 malam Ayahanda terus bawa kereta menuju Hospital Putrajaya...Dalam perjalanan ...kami putuskan  agar terus ke Hospital Serdang saja yang lebih dekat dengan rumah...

Jam 12:12 kami sampai di Unit Kecemasan Hospital Serdang, ...Setelah pemeriksaan pertama dijalankan ...Fawwaz mendapat nombor 3001...Dia sandarkan kepalanya ke bahuku...pucat mukanya...Masa berlalu sehingga jam 3 pagi...kami masih menunggu...Nasib baiklah ada game pada handset yang boleh melekakannya...Soal mengantuk Allah saja yang tahu...  

Akhirnya pada jam 4 pagi...barulah nombor Fawwaz dipanggil...Angah masuk ke dalam bilik bersama Fawwaz...aku dan Ayahanda hanya tunggu di luar sahaja...biarlah angah belajar menguruskan adiknya...

Doktor meminta urine dan darah  Fawwaz diuji sekali lagi. Selepas itu Fawwaz di arah ke bilik x-ray. Waktu  ini doktor meminta kami menunggu satu jam lagi untuk mendapatkan keputusannya...Mata Fikri pun dah merah sebab mengantuk...Ayahanda pun agak proses ini akan makan masa yang lebih lama lagi...jadi dia mengambil keputusan untuk menghantar along, angah dan Fikri ke rumah untuk berehat walaupun mereka pada mulanya tak nak balik sebab risaukan Fawwaz..


Jam 5 pagi...nama Fawwaz dipanggil sekali lagi...kali ini aku masuk bersama Fawwaz...Doktor memberitahu Fawwaz mungkin perlu dibedah akibat apendiks...dalam darahnya ada kuman dan paras kuman tidak turun dalam kedua2 ujian yang dibuat...

Fawwaz dimasukkan ke dalam wad pemerhatian....Jururawat masukkan air( drip ) dan Fawwaz disuruh berpuasa dan rehat....Sejuknya bukan main lagi berada dalam wad tersebut...Alhamdulillah apabila jam menunjukkan pada  angka 6 ....Ayahanda datang membawakan untuk aku dan Fawwaz baju sejuk dan novel...Kemudian Ayahanda berehat di kereta kerana hanya seorang sahaja dibenarkan menunggu pesakit....

Setiap 1/2 jam tidur Fawwaz diganggu kerana jururawat akan datang mengambil tekanan darah...Untuk mengelakkan bosan...aku meneruskan membaca novel sambil memerhati keadaan Fawwaz...

Jam 7:20 pagi...Doktor surgery datang dan memeriksa Fawwaz..Bila aku ajukan beberapa soalan...nampaknya doktor muda ini tidak dapat menjawab dan memberi kepastian tentang keadaan Fawwaz...ini menambahkan risau di hati aku namun tidak aku pamirkan pada Fawwaz...

Jam 8:45 pagi...Doktor pakar surgery datang dan memeriksa Fawwaz...Setelah beberapa pemeriksaan dibuat...Doktor membatalkan hasrat untuk melakukan pembedahan sebab beliau tidak dapat memastikan punca sebenar kuman dalam darah Fawwaz tetapi yakin bahawa bukan appendiks...Dia menyuarakan rasa risau tetapi membenarkan Fawwaz balik dengan syarat agar sentiasa diawasi dalam tempoh 48 jam berikutnya....

Jam 9 pagi...kami dibenarkan pulang...Semasa aku berkemas...tiba2 ayahanda muncul...macam tahu2 aje kami nak balik...rupa2nya ayahanda takut kami lapar sebab langsung aku tak call pun dia sejak dari tadi...
Setelah selesai segala urusan ...kami pun bergerak balik...sebelum sampai rumah...kami bersarapan dulu memandangkan kami dan Fawwaz lapar....sampai di rumah ..semuanya masih lena....Aku berasa lega akhirnya dapat jua mandi ,berbaring dan melelapkan mata setelah tidak tidur sepanjang malam.....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!