Friday, February 3, 2012

MENITI RUANG WAKTU

Setelah beberapa lama aku tidak singgah di sini, hari ini aku mengambil peluang untuk menulis sesuatu. Memang kadang-kadang waktu macam tak cukup untuk menyelesaikan semua tugasan. Hampir ada ketikanya waktu makan pun acapkali  terbabas. Dalam keadaan sekarang semuanya urgent. Namun aku gagahi juga menyiapkan satu persatu walaupun dalam keletihan dan tertekan.
Hari ini saja jadual aku begitu padat. Pagi2 lagi menguruskan murid datang lewat. Waktu mengajar pulak banyak memberi penerangan kerana kesian tengok anak-anak didikku yang comel tu tak faham BM. Jadi kamus bergeraklah sepanjang masa nampaknya. Namun aku terhibur juga dengan keletah dia orang. Hari2 ada yang akan menegurku dari aspek pakaian dan penampilanku.
Selepas rehat, aku ada kelas Moral pulak. Message dan panggilan dari GPK HEM membuat aku tersentak. Ada kes berat ni. Sehabis kelas, aku bergegas ke pejabat. Aku terkejut bila ada yang telah dituduh tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu. Tak profesional sungguh. Kesian pada suspek utama, tidak diberi peluang membela diri. Seorang pengawas dipersalahkan atas kehilangan handset guru ganti (anak GPK).
Dengan tenang aku menyoal murid berkenaan dan saksi2. Aku cuma tidak berpeluang menyoal guru berkenaan saja kerana tidak dibenarkan. Pelik perangai manusia ni. Setelah spot check dijalankan, kami tidak menemui apa yang dicari. Tapi aku rasa aku, HEM dan team pengawas aku telah laksanakan tugas dengan sebaiknya. Kami ingin berlaku adil untuk kedua2 pihak.
Selesai siasatan kes, aku menghadiri mesyuarat sampai pukul 1:00 petang. Lepas tu ke library menyambung kerja2 aku yang bila masa nak siap entahlah. Lepas solat zohor aku akan terus  ke Pulapol untuk kelas aerobik hingga jam 5:00 petang.
Lepas tu berkemungkinan besar terpaksa ke Terminal Bas Selatan untuk menunggu Fawwaz pulak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!