Wednesday, February 15, 2012

MEMBERI PADA YANG SUDI....

Hari ini aku menerima panggilan telefon daripada kementerian....berita yang disampaikan memanglah sesuatu yang aku harapkan dan tunggu-tunggu selama ini....tetapi masih banyak lagi urusan aku di sekolah yang belum diselesaikan....masa untuk aku terasa semakin suntuk....pada siapa aku nak bercerita????? untunglah ada juga ruangan di blog ini yang dapat aku kongsikan....hmmmm....selama 6 bulan aku di sekolah ini rasanya telah banyak perubahan mampu aku bantu untuk kebaikan sekolah,,,,bukan aku ingin mendabik dada tetapi pengalaman aku sebelum ini memantau sekolah2 cemerlang banyak memberi aku  ruang untuk melihat dan memperbaiki kelemahan yang ada...murid2 sudah mula memberi salam...dan berpakaian kemas yang pada tahun lepas tidak diamalkan....pusat sumber yang malap sebelum inipun telah ceria kembali...ahhh...aku bangga sekali dapat menyumbang idea dan tenaga kepada sekolah yang mungkin menjadi sekolah terakhir bagiku sepanjang perkhidmatanku....

Bagiku inginku curahkan segala ilmu yang ada kepada mereka yang sudi...malangnya tak ramai yang ingin belajar..guru2 muda terlalu bongkak dan sombong....kes yang tidak dapat diselesaikan hampir sebulan yang lalu...mampu aku selesaikan dalam masa sehari...malangnya tidak ada yang ingin mempelajari teknik2 ini ...hanya GPK HEM saja yang sentiasa berada bersama aku dalam bilik soal-siasat...atau semasa menyelesaikan sesuatu kes...siapalah aku...hanya sekadar melukut di tepi gantang...hanya Guru Besar dan pentadbir yang lain banyak merujuk kepada aku...

naik taraf fizikal PSS...dah
pemilihan ketua pengawas...dah
kertas kerja kem pengawas...dah
pelantikan ketua darjah dan penolong...dah
sistem fail PSS...dah
sistem fail disiplin...dah
perancangan strategik ..dah
program khas "mencegah datang lewat".....dalam proses

Tinggal proses buku dalam perpustakaan yang telah 2 tahun terbengkalai perlu aku buat...ratusan buku perlu diproses tidak termasuk ratusan buku perlu dibaikpulih atas sebab salah proses...Insyaallah...aku berharap aku sempat menyelesaikannya.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!