Sunday, January 30, 2011

MANTAN GURU !

Meninggalkan alam guru adalah satu keputusan yang amat berat kurasakan. Namun pengalaman pahit manis sepanjang lebih 25 tahun sebagai cikgu amat bermakna dalam hidupku.
Bermula sebagai guru kelas Tahun 4 di SK Sg Bakap.Di situ aku melaporkan diri pada tarikh hari lahirku. Terkejut juga bila salah seorang guru yang turut posting bersamaku mempunyai nama dan binti yang sama denganku. Maka kami di gelar A dan B di hujung nama kami agar tidak bertukar. Kerani pun kena berhati-hati dalam hal surat-menyurat terutama lantikan dan temuduga. Selalu juga tersalah terima surat dan arahan.
Apa yang masih aku ingat ialah saat aku ditugaskan melatih lebih kurang 200 orang murid gimrama untuk perasmian sukan daerah. Pagi petang aku habiskan masaku di sekolah bersama 4 orang rakanku. Kami berjaya naikkan nama sekolah dalam pelbagai aktiviti lain yang akhirnya menyebabkan guru besar dinaikkan pangkat. Beliau amat berbangga dengan usaha kami.
Masa tu aku dan rakanku hanya menaiki basikalke sekolah dari rumah sewa kami yang lebih kurang 2 km jauhnya. Masa awal ada juga aku tumpang tuan rumah sewa kami, tapi bila isterinya selalu datang menyerang dan cemburu buta yang tinggi, kamipun dah tak sanggup lagi menumpang. Nak beli kereta macam cikgu2 baru sekarang, mana mampu, gaji cuma dalam RM345 sahaja, tolak itu ini...dah habis.



1 comment:

  1. as salam..cikgu your x student sksb..pls add me mohdfauzi.hashim.1@facebook.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!