Friday, April 10, 2015

KERENAH MANUSIA NI MACAM-MACAM

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aku pun menelefon Pejabat Peguam KL. Target aku hari ni nak selesaikan kes yang tertunggak lama. Panggilanku dijawab oleh seorang perempuan India. Dia maklumkan bahawa aku orang Selangor, jadi kena pergi ke Biro Bantuan Guaman Selangor. Aku minta alamat, diapun bagi di Jalan Bola Jaring, Shah Alam. 

Aku beruntung kerana kebetulan Along dan menantuku cuti. Merekalah yang membawa aku ke sana. pastinya menggunakan aplikasi waze. Sampai tempat yang dituju, kami panjat tangga ke tingkat satu. Tiga orang pegawai yang mesra melayan kami. Setelah bercerita tentang kes tersebut, barulah tahu yang kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil dan dimaklumkan kami salah tempat. Kami diberikan alamat Biro Bantuan Guaman di Wisma Perangsang pulak. salah seorang daripada mereka menghubungi pejabat berkenaan dan insan yang menjawab panggilan tersebut meminta agar kami ke sana.Walau bagaimanapun aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melayan kami dengan baik sekali.

Jam sudah menunjukkan angka 11.30 pagi. Kami bergerak lagi menuju ke Wisma Perangsang. Sesat pulak dan tersasar ke sebuah hotel. Pusing punya pusing akhirnya sampai juga kami ke bangunan berkenaan. Dari kawasan parking kami berjalan ke bangunan tersebut dan menaiki lif ke tingkat 6. Kesian pulak tengok Along yang membawa perut ke hulu ke hilir. Sampai sahaja di kaunter, tiada orang. Jadi aku terus tekan loceng, jam pada saat itu 12.00 tengahari. Datang seorang perempuan muda bertudung merah. Aku pun menceritakan tujuan kami ke situ. Dengan angkuh dan sombong, dia menyatakan peguam hanya boleh aku jumpa pada pukul dua petang. 

Aku rasa amat penat sekali sebab semasa telefon tadi pihak dia suruh datang. Bila aku tanyakan pada si perempuan ini, dia jawab bahawa tidak terima call dan jawapan standard juga akan diberikan pada sesiapa sahaja. Akupun tunjukkan nombor tersebut dan barulah dia mengaku. Tetapi katanya bukan dia yang jawab call dan dia juga mendakwa siapa-siapa saja boleh jawab call dan tak nak bertanggungjawab atas panggilan tersebut. Aku juga ada bertanyakan berapa lama masa yang diambil untuk berurusan. Dia dengan angkuh menjawab tak tahu dan tunggulah bila peguam ada dan ambik jer nombor giliran pada pukul dua nanti. Aku rasa teramat kecewa dengan perangai budak bertudung merah ini. Sikap kurang ajar dan biadap begitu menyerlah sekali.

Kami berlalu dari situ dengan hati yang pedih. Dalam kereta, aku baru teringat nak ambil nama budak angkuh tu. Jadi aku call balik nombor berkenaan, seorang perempuan angkat dan aku bertanyakan adakah dia yang berada di kaunter. Jawapannya tidak dan aku dapat nama si tudung merah yang angkuh iaitu NURUL. 

Aku buat keputusan untuk pergi aja ke Pejabat Boro bantuan Guaman di Kuala Lumpur. Jam pun dah pukul 12.20 pm. Cari punya cari jam 12.50 pm kami sampai ke sana , area Pasar Seni. Aku bergegas ke tingkat 2, Wisma Hangsam. Sampai aje di kaunter, staf di situ minta aku datang balik pukul 2 pm.
Aku pun turun dan mendapatkan Along dan menantuku. Kami cari parking dulu dan bergerak untuk makan tengahari. Semasa mencari dan menunggu order makanan, jam dah hampir pukul 2 pm. Aku ditemani Along bergegas pula ke Bangunan Hangsam tanpa menunggu makanan sampai. 

Dalam keletihan kami setia menunggu di ruangan yang disediakan. Jam 2.30 petang, barulah namaku dipanggil untuk berurusan. Alhamdulillah sekurang2nya nasihat dan kepakaran mengenai bidang undang2 tersebut banyak membantu aku memahami kes ini.Akhirnya aku sampai rumah jam 5 petang.

Langkah seterusnya pastiku teruskan. Aku tidak sesekali begitu mudah menyerah kalah sebelum berjuang.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!