Sunday, April 19, 2015

SIAPA AKU???

Waktu kecilku, kuhampirimu
Hanya untuk pelukan, dan kasih sayangmu
Tetapi yang kuterima "Teddy Bear" sebagai gantimu
Apabila kusedih, runsing dan keliru
Aku hampirimu lagi- Untuk nasihat, kasih sayang
Air muka, kata-kata yang merdu
Aku hauskan pelukanmu
Aku ingin mendengar kata sayangmu
Tetapi yang kuterima- permainan sebagai gantimu

Hati kecilku sentiasa ingin tahu
Apakah itu, yah?...Apa itu, bu?
Mengapa itu, yah?...Mengapa itu, bu?
Dunia ingin kuterokai
Dunia ingin kukenali
Tetapi...."ayah penat"....ibu pula sibuk dan tak tahu
Bukan sudah ayah belikan permainan
Apa lagi yang kau mahu?

Masa yang singkat aku bersamamu
Hanyalah di dalam kereta
Untuk dihantar atau pulang...dari rumah jagaanku
Itupun tidak selalu...kerana biasanya aku dikirim...atau dipajakkan
Kepada orang...yang tentunya bukan ayah ibu...

Ada masanya di dalam kereta..
Ku penat...ku lesu...bermain srpanjang hari...
Ibu ayah juga bekerja sepanjang hari
Suasana dalam kereta...fana..sunyi dan sepi
Tiada apa yang berbunyi
Akhirnya tv, video, kartun dan gadjet
Menjadi kawan karibku..menjadi penghibur hatiku
Mententeramkan perasaanku...
Mengganti tempat ayah ibu

Sekarang aku telah dewasa
Ibu ayah pula sudah tua...
Aku pula membawa ibu ayah dalam kereta..
Tiada satu yang dapat aku perkatakan..
Ibu ayah juga sunyi seperti biasa
Hanya...yang kutanya..
Apa ayah ibu nak makan?...Ke mana ayah ibu nak pergi?
Atau...doktor mana ibu ayah nak temui?

Aku terus leka dengan permainanku..
Sekaranh merupakan keretaku...telefonku atau kayu golfku..
Sementara ayah ibu..
Hanya sekarang cuba mendampingiku
Cuba memberi kasih sayang kepadaku

Tetapi malang..aku tidak mengertinya
Kerana itu bukan bahasaku...
Aku malah tidak memahaminya
Kerana belum mengenal...
SIAPA AKU???????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!