Monday, November 5, 2012

7 PETUA RUMAH TANGGA KEKAL HARMONI

Buat pengantin baru..........................

1. Jangan Berhenti Dating
Perkara yang haram sebelum nikah kini menjadi halal. Mengapa harus dihentikan? Tetaplah jaga keharmonian dengan bercinta selamanya. Perkara ini akan menjadi acara saling mengenal lebih dalam, satu sama lain yang penuh dengan kemesraannya.

2. Jangan Perbesarkan Masalah Kecil
Di awal perkahwinan adalah sesi suai kenal antara pengantin. Menjadi lumrah untuk pengantin baru mengenali sikap pasangan masing-masing. Walaupun sudah bercinta bertahun-tahun, namun perkenalan sebenar bermula selepas perkahwinan. Untuk itu, jangan terlalu emosi ketika menangani masalah-masalah kecil. Kuncinya adalah saling memahami, saling maaf memaafan & saling tolak ansur.

3. Wujudkan Komunikasi Dua Hala
Kebanyakan konflik yang terjadi berpunca dari salah faham. Untuk itu, komunikasi amat penting bagi kedua-dua pihak. Komunikasi bukan sahaja boleh mengatasi konflik tapi juga boleh membuatkan anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.

4. Menerima Kegagalan
Di awal usia perkahwinan yang masih rapuh, kegagalan biasa terjadi. Namun jangan berputus asa. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang tertunda. Berikan semangat pada pasangan untuk terus berusaha mendapatkan rumah tangga yang harmoni dan sempurna.

5. Tingkatkan Kualiti dan Kuantiti Kemesraan.
Keakraban tak diragukan lagi dapat menjadi pintu penyelesaian konflik suami isteri. Tak ada salahnya untuk meningkatkan kuantiti, juga kualiti hubungan kemesraan anda dengan pasangan.

6. Meningkatkan Sikap Dan Sifat Yang Baik
Dalam tempoh penyesuaian, biasanya pasangan akan membuat kritikan mengenai kekurangan anda. Jangan cepat melenting, sebaiknya jadikan kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk anda mengubah diri agar menjadi lebih baik.

7. Jangan mudah Untuk Mengucapkan Cerai
Dalam situasi seburuk mana pun, jangan sesekali mengucapkan kata 'cerai' kecuali anda benar-benar menginginkannya. Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasmi di mata masyarakat, tetapi juga di sisi Allah. Oleh kerana itu, jangan ambil sikap sambil lewa dengan ikatan yang telah terbina. Mudah berkata 'cerai' akan mengurangkan nilai perkahwinan anda di mata orang lain.

Petua: akuanakpahang


2 comments:

  1. Last part memang sy dah kena..terlalu mudah dgn lagaz..xsiapa perdulinya hati bila hadirnya org ke-3.Biarpun beribu alasan sang suami pd org lain..sbg ibu yg punyai ank perempuan adekah mahu dibiarkan hubungan mereka dgn suami org dgn alasan sudah JODOH??

    ReplyDelete
  2. Adakah ibu bapa yg desperate sgt nak anak dia kawen smpi sanggup biarkan anak dia rampas suami org... kengkadang family background memainkan peranan..maybe family tu ada anak cacat (bukan nak kutuk anugerah allah)smpi dia takut anak2 dia x der sapa yg nak...iyalah kan kalau nak awen salah satu yg disuruh tengok iyalah keturan nyerrrr.... cer citer sikit bolehhhh??????????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!