Friday, November 16, 2012

SUNYI DAN SEPI

Tiba-tiba aku rasa seperti ingin menulis sesuatu tentang kesunyian pada hari ini. Pagi-pagi lagi dah layan perasaan. Hmmmmmm........

Ok...aku teruskan.... sunyi, sepi, keseorangan, semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama. Ianya merupakan satu adunan perasaan yang membuatkan seseorang itu lemah. 

Bila terasa sepi, mulalah satu persatu kenangan menjengah ke minda. Bila kesunyian, rasa terpinggir dan tersisih. Kita tidak boleh lari dari rasa sepi dan sunyi. Manusia tidak lengkap tanpa kedua-kedua perasaan itu. Kadangkala kesunyian dan kesepian mengajar kita menjadi lebih tabah. Tidak kurang juga membuatkan jiwa kita parah. Bergantung pada sejauh mana kita mampu mengawalnya.

Tatkala kesunyian menerpa, ada rindu yang berputik. Apabila kesepian pula mencengkam, ada resah yang terbit. Natijahnya, kesunyian dan kesepian amat merimaskan. Apabila akuditerpa sunyi, aku ingin sekali berada di tepi pantai. Memandang laut yang membiru dan langit yang terbentang luas, kerinduan aku terubat jua. Ketika sepi bertandang pula, aku akan sering melihat bintang di langit. Perasaan aku akan jadi lega serta-merta.

Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hatiku gundah. Entahlah, sukar untuk dimengerti mengapa kita berasa sepi dan sunyi walau ada kawan atau teman di sekeliling. Mungkin.......... semuanya harus kembali semula ke titik permulaan, iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa.

Justeru itu, marilah kita timbal semula, renungkan sejenak. Bila diri kesunyian dan kesepian, sejauh manakah kita mengingati Yang Maha Pencipta? 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!