Monday, February 4, 2013

ANGGAPLAH 3 TEGURAN INI SEBAGAI.....



1. ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI UNGKAPAN SAYANG

Kadang-kadang agak sukar menterjemahkan sebuah ungkapan dengan timbangan yang jernih dan lurus termasuk dalam soal teguran. Kebiasaannya, orang yang menegur diterjemahkan atau dianggap sebagai lawan yang menyusahkan bahkan ingin menjatuhkan.

Dalam timbangan akhlak Islam, nilai sebuah teguran adalah jauh dari anggapan tersebut. Bahkan kalau kita melihat secara positif :

a. Teguran bukan untuk menyusahkan melainkan untuk memudahkan.

b. Teguran bukan ungkapan marah apalagi permusuhan melainkan ianya adalah ungkapan sayang dan persaudaraan.

Rasulullah saw pernah bersabda :

"Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan keadaan, saling menyedarkan satu sama lain dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan)."
(HR Ad Dailami)

Teguran adalah ungkapan sayang yang sejati seorang saudara terhadap saudaranya yang lain yang mungkin terjebak dalam suatu kesalahan. Cinta kerana Allah dan benci pun kerana Allah. Kalau bukan kerana cinta, mungkin ia tidak akan peduli untuk menegur kerana usaha itu terasa begitu berat.

2. ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI GURU DI MEDAN

Teguran tidak selalunya berkaitan atau ada hubung kait dengan dosa. Tidak selalunya berkaitan dengan sesuatu yang prinsip. Ada teguran yang memang sangat diperlukan ketika sesuatu yang bersifat teori cuba diimplementasikan ke bumi nyata dalam wilayah aplikasi.

Dalam hal berumahtangga misalnya, ketika belum memasuki alam perkahwinan, seseorang merasa sudah faham betul dengan yang hal ehwal rumah tangga setelah mendapatkan informasi dari buku, ceramah dan sebagainya. Tapi, ketika rumahtangga sudah menjadi kenyataan, semua perkara menjadi sungguh berbeza. Realiti kadangkala tidak selalunya bertepatan dengan suasana ideal yang diimpikan.

Berlaku perbezaan di sana di mana wujudnya konflik antara suami dan isteri. Sesuatu yang dalam teori begitu indah, tetapi ternyata begitu gersang dalam kenyataan di medan. Tentunya, yang salah bukannya cita-cita idealnya tadi, tapi cara bagaimana menggarap dan mencapai tujuan dan impian itu yang belum benar-benar selaras. Di sinilah, seseorang memerlukan teguran dan teguran ketika itu bertukar menjadi guru dalam lapangan realiti sebenar.

3. ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI CERMIN MEMPERINDAHKAN DIRI

Ego manusia sentiasa merasakan yang ia serba sempurna tanpa ada cacat cela dan titik noda malah semuanya dirasai bagus. Kalau ada orang lain yang menilai sedikit berbeza, pasti si penilai yang dianggap silap.

Begitulah juga yang boleh berlaku dalam diri seorang mukmin. Dengan penuh kepercayaan terhadap dirinya, ia begitu yakin bahwa semua langkahnya sempurna tanpa ada kesalahan. Yang salahnya adalah jika ada yang menganggapnya salah.

Dari sudut pandangan Islam, manusia adalah tempat salah dan lupa. Jadi, akan ada sahaja kemungkinan kalau seorang mukmin pun boleh khilaf. Kalau seorang ulama' pun boleh salah dan seorang pemimpin pun boleh tersasar, jadi pada ketika itu, ia sangat memerlukan teguran sebagai cermin yang boleh menyedarkan dirinya.

Rasulullah saw bersabda :

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (HR Al-Bukhari)

Indahnya nikmat keimanan. Hati yang mulanya gelap menjadi terang. Bahaya dan penyakit yang bersarang di sekeliling dirinya yang sebelumnya tertutup, boleh tersingkap dengan jelas. Kian nampak mana yang baik dan mana yang buruk dalam perkara apa pun termasuklah dalam pergaulan dan persaudaraan Islam.



=================================================================
Ayah :“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”.

Anak: I’m so confused..
          Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

(Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya tentang makna pernyataan tersebut.)
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
           Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
           Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu?
          Kerana itu adalah ujian dari Allah.
          Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?
          Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
          Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian 
          yang Allah turunkan.
          Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo… ook….

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku
          macam ni, macam tu…” dan sebagainya.
          Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.
         “Kesian kawan kita tu.. orang tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita
          terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.
=================================================================
*Dialog di atas diextract dari blog http://lukisanduniaku.wordpress.com

SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15055.30;wap2
Izzah0404 

2 comments:

  1. Salam manis.. :D

    Terimakasih kerana berkongsi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita sama-sama mendapat hidayahNYa.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!