Wednesday, February 13, 2013

LETERAN SEORANG BERNAMA ISTERI.....



Petikan lirik .....Jasa Bonda

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


1. Sebuah kisah zaman nabi....

"""""""Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”




2. Kurus dengar leteran isteri

London : Leteran atau bebelan seseorang isteri dikatakan mampu membantu seseorang suami untuk mengurangkan berat badan mereka, kata satu kajian.

Penyelidikan menunjukkan bahawa sesetengah lelaki hanya akan bermotivasi untuk menurunkan berat badan mereka sekiranya dikritik oleh pasangan masing-masing berbanding kata-kata manis atau pujukan, lapor Daily Mail.

Penyelidikan Amerika Syarikat yang melakukan kejadian terhadap bagaimana pasangan membantu antara satu sama lain terutama di kalangan lelaki yang kurang motivasi untuk berdiet dan melakukan senaman, menunjukan hasil yang lebih baik sekiranya isteri mereka mengambil tindakan lebih keras. Bagaimanapun cara ini tidak berhasil untuk golongan wanita.

Kajian mendapati kebanyakan wanita yang sering dikritik pasangan mereka kerana mula mengalami kenaikan berat badan didapati langsung tidak kisah mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah kegemukan mereka.

Kumpulan ahli psikologi dari Universiti California, Los Angeles; Universiti Southern Methodist di Dallas, Texas dan Universiti Florida State yang terbabit dalam kajian itu berkata, mereka berpendapat puncanya adalah disebabkan wanita sudah kerap mengalami tekanan daripada masyarakat untuk kekal langsing. - Agensi



Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!