Sunday, October 30, 2011

DARJAT SEORANG ISTERI


1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-ap...a dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
 
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
 
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
 
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.
..........

KUASAI EMOSI ANDA

“Siapapun mampu marah. Marah itu mudah. Tetapi, marah pada orang yang tepat, dengan kadar yang sesuai, pada waktu yang tepat, demi tujuan yang benar, dan dengan cara yang baik, bukanlah hal mudah.” –Aristoteles, The Nicomachean Ethics.

Mampu menguasai emosi, seringkali orang menganggap remeh pada masalah ini. Padahal, kecerdasan otak saja tidak cukup menghantarkan seseorang mencapai kejayaan. Justru, pengendalian emosi yang baik menjadi faktor penting penentu kejayaan hidup seseorang.

Kecerdasan emosi adalah sebuah gambaran mental dari seseorang yang cerdas dalam menganalisa, merancang dan menyelesaikan masalah, mulai dari yang ringan hingga kompleks. Dengan kecerdasan ini, seseorang mampu memahami, mengenal, dan memilih kualiti mereka sebagai insan yang bernama manusia.

Orang yang memiliki kecerdasan emosi mampu memahami orang lain dengan baik dan membuat keputusan dengan bijak. Lebih dari itu, kecerdasan ini berkait erat dengan bagaimana seseorang dapat mengaplikasikan apa yang ia pelajari tentang kebahagiaan, mencintai dan berinteraksi sesamanya.

Ia pun tahu tujuan hidupnya, dan akan bertanggung jawab dalam segala hal yang terjadi dalam hidupnya, sebagai bukti tingginya kecerdasan emosi yang dimilikinya.
Kecerdasan emosi lebih terfokus pada pencapaian kejayaan hidup yang halimunan. Kejayaan boleh tercapai ketika seseorang mampu membuat kesepakatan dengan melibatkan emosi, perasaan dan interaksi sesamanya. 

Di tahun 1990, Kecerdasan Emosi (yang juga dikenal dengan sebutan “EQ”), dikenalkan melalui pasar dunia. Dinyatakan bahawa kemampuan seseorang untuk mengatasi dan menggunakan emosi secara tepat dalam setiap bentuk interaksi lebih diperlukan daripada kecerdasan otak (IQ) seseorang.

Berikut beberapa tips bagaimana cara mengasah kecerdasan emosi :
  1. Selalu hidup dengan keberanian.
    Latihan dan berani mencuba hal-hal baru akan memberikan pelbagai pengalaman dan membuka pemikiran dengan berbagai kemungkinan lain dalam hidup.
  2. Selalu bertanggung jawab dalam segala hal.
    Ini akan menjadi jalan untuk mampu mendapatkan kepercayaan orang lain dan mengendalikan kita untuk tidak mudah menyerah. “being accountable is being dependable”.
  3. Berani keluar dari zon selesa.
    Mencuba keluar dari zon selesa akan membuat kita boleh  mengeksplorasi banyak hal.
  4. Mengenali rasa takut dan mencuba untuk menghadapinya.
    Melakukan hal ini akan membangun rasa percaya diri dan dapat menjadi jaminan bahawa segala sesuatu pasti ada penyelesaiannya.
  5. Bersikap rendah hati.
    Mahu mengakui kesalahan dalam hidup justru dapat meningkatkan harga diri kita.
Jadi, kuasailah kecerdasan emosi Anda! Karena mengendalikan emosi merupakan salah satu faktor penting yang boleh menjurus Anda menuju kejayaan  dan juga menikmati warna-warni kehidupan.

Courtesy & author : Anne Ahira - http://www.AsianBrain.com

Resepi Warisan Bonda: NASI GORENG SANTAI

Resepi Warisan Bonda: NASI GORENG SANTAI: 2 mangkuk sederhana nasi 10 ekor udang hidup - buang kulit dan potong dadu 1 biji telur 8 butir kacang buncis/4 kacang panjang - bersihk...

Thursday, October 27, 2011

KONSPIRASI GAJI GURU (SBPA)

 Dipetik dari : amanarab.blogspot.com (19/10/2011)

Hari ni aku nak buat konspirasi baru pasai gaji cikgu dalam SBPA nanti...Terima kasih kepada Cikgu Midi (Tanpa Nama -17/10/2011 -11:38 PM) yang telah mencerahkan pemikiran aku dan memberikan satu lagi idea baru tentang maksud sebenar Menteri Kewangan tentang kenaikan gaji 7% hingga 13% tu...

Bila aku analisa balik gaji SSM bagi gred DG tu...Terbukti dakwaan Cikgu Midi adalah sangat berasas...beliau menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred...ok, tengok analisa aku kat bawah ni..

BILA KEPALA SPRAY DITEKAN


 Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.

Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar pun ada, janji rock.

Jika nak jadi pekerja cemerlang, spraykan disiplin, komitmen dan professionalisma dalam kerjaya Anda, tak kira kakitangan kerajaan ataupun swasta. Fokus pada kualiti kerja, tak kira Anda kuli, kerani atau bos.

Masalah kewangan dan segala macam masalah, letak tepi dulu. Kita susah nak jadi pekerja cemerlang, jika di fikiran kita penuh dengan permasalahan, bukan hal-hal berkaitan kecemerlangan.

Jika nak jadi usahawan cemerlang, lupakan pasal duit, lupakan pasal untung besar. Bina perniagaan sebaik mungkin, jadikan diri Anda unik dan biar perniagaan Anda memberi manfaat pada masyarakat terlebih dahulu. Sebuah perniagaan sepatutnya memberi kebaikan, bukan memberi bebanan.
Duit untung akan datang sendiri, bila perniagaan itu bermanfaat pada setiap ahli masyarakat dengan menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan mereka atau yang menyelesaikan masalah mereka. Sudah tentu sesiapa saja sanggup beli, walau berapapun harganya.

Masalah kebanyakan orang berniaga adalah, mereka nak hasil cepat, lepas tu dalam jumlah besar! Ini sebab mengapa perniagaan cepat lingkup sebab tak balik modal, sama ada perniagaan Internet, multi level marketing atau perniagaan tradisional. Perlu kawal nafsu dan emosi.

Komputer perlukan letrik supaya boleh berfungsi dengan baik. Manusia perlu motivasi supaya boleh mengusahakan sesuatu dengan baik, cukup cemerlang, cukup bagussss.
Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray , disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam apa jua yang kita kerjakan.
LiveStrong!

Tuesday, October 25, 2011

ULANG TAHUN PERNIKAHANKU YANG KE 24

Tanggal 25 Oktober akan sentiasa terpahat dalam ingatanku di mana 
dua hati telah berpaut, 
dua jiwa telah berpadu, 
dua rasa telah bersatu,
dan ku panjatkan rasa kesyukuran terhadap Yang Maha Kuasa atas hidayahNya buat kami .......
Doaku buatMu kekasih Ku Ya Allah memohon kerahmatanMu, agar berpanjangan jodohku selamanya.....InsyaAllah.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan Ku untuk menyintai Mu....

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak aku jatuh dalam jurang cinta nafsu....

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hati Ku padanya agar aku tidak berpaling daripadaMu....

Ya Rabbal 'Izzatul jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahidMu di jalan Mu....

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi indahnya bermunajat di sepanjang malam terakhirMu....

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu....

Ya Allah , sesungguhnya Kau lah Maha pengasih dan Penyayang.... Kau kurniakanlah sifat kasih sayang berpanjangan antara diriKu dan kekasih hati ini.........kasih sayang bersama anak-anak permata hati Ku dan kasih sayang sesama makhluk Mu....

GELOMBANG FIKIRAN 1

Saturday, October 22, 2011

MATEMATIK DALAM AL-QURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernah tak korang terfikir bahawa dengan menggunakan penggiraan Matematik,kita mampu mencari muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran.Al-Qur'an adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.

Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Qur'an dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Qur'an kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Qur'an adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri dan bukan diciptakan manusia)


Tip yang nak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Qur'an. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Qur'an.
Jom sama2 kita belajar...

Thursday, October 20, 2011

FIKRI TAK LALU MAKAN


Hari ini hati dan perasaan aku semakin risau kerana sudah hampir seminggu Fikri tidak mahu makan nasi. Aku tak tahu kenapa? Macam-macam benda dah aku cuba masak tapi selera makannya seolah-olah tertutup. Badannya pun dah semakin susut. Kesian aku tengok dia. Makanan yang selalu menjadi kesukaannya pun tidak sedikit dijamah. Aku bawa dia ke KFC, harap2 dia makan. Alhamdulillah makan juga dia nugget dan bun. Tapi tak dihabiskan macam selalu. Pelik...Mungkin dia rindukan Fawwaz yang sudah 2 bulan lebih tak balik. Pening aku memikirkan bagaimana nak bagi dia lalu makan semula.

Resepi Warisan Bonda: NASI GORENG FIKRI

 Satu jenis masakan yang paling disukai oleh Fikri....

Resepi Warisan Bonda: NASI GORENG FIKRI: 1 mangkuk sederhana nasi putih 2 ulas bawang merah 2 biji cili kering 2 batang kacang panjang (dipotong dadu) 1 sudu teh garam halus ...

Wednesday, October 19, 2011

SAAT KELAHIRAN FIKRI



Sampai masa aku untuk melahirkan Fikri. Macam biasalah ke hospital bersalin KL. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Ayahanda nak dengar berita dulu. Aku sabar menunggu walaupun sakitnya kadang2 rasa kadang2 tidak. Kami sampai di hospital dan aku terus diperiksa. Baru lapan bulan lebih usia kandunganku. Aku dibawa masuk ke wad. Alangkah terkejutnya aku apabila Dr tanya aku bila air ketuban pecah. Aku sendiripun tak tahu. Kata Dr air ketuban dah kering. Keadaan jantung bayi pun semakin lemah. Dr cadangkan aku diinduce saja. Setelah dua botol air dimasukkan, aku masih tak ada gesa untuk bersalin. Dr cadangkan aku dimasukkan ke bilik bedah kerana takut bayi lemas.

Monday, October 17, 2011

PERGINYA SEORANG SENIMAN : AHMAD JAIS


Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri

Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya.
 

BAIT lagu Lembaran Terakhir tiba-tiba sahaja menerpa ke relung kenangan tatkala saya menerima berita duka pulangnya penyanyi tersohor Datuk Ahmad Jais ke rahmatullah pagi Selasa lalu. Lagu ini sangat sebati dengan Ahmad Jais, suara yang memberikan harapan dan keindahan hidup kepada jutaan peminatnya.

Thursday, October 13, 2011

ISU TANGGA GAJI BARU SBPA

Memang pelik betul ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun belum lagi keluarkan apa² pekeliling. Dah ada pulak yang memandai² nak keluarkan kenyataan sendiri. Hehehe .. mungkin diorang dah tak sabar² nak dapat tangga gaji baru kot. Jadi dari buang masa percayakan rumours ni. Baik tunggu dulu apa² pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing².

Selain tu, kalau korang baca teks ucapan Belanjawan 2012 tu semula. Korang akan perasaan ada beberapa elemen utama yang digariskan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA. Antaranya;

Pertama:
Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua:
Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Ketiga: 
Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: 
Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kalau korang tengok balik item yang nombor 4 tu. Mungkin korang akan perasaan. Hanya kepada kakitangan awam yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji ini. Jadi, saranan aku. Adalah lebih baik korang tak payah terburu² dulu nak semak tangga gaji baru. Belum tentu lagi semua penjawat awam akan mendapat 'durian runtuh'.

Lagipun dari cakap² yang aku dengar. Ada banyak pro dan cons dalam opsyen SBPA ini. Jadi daripada korang sibuk² bertanyakan Kadar Jadual Gaji Sebaris SBPA ini. Adalah lebih baik korang semak dulu opsyen SBPA ni bila dah keluar nanti. Itu lebih baik !

Monday, October 10, 2011

HATI EMAS


Untuk nak cemerlang, kita perlu ada hati emas. Emas, warnanya berkilau dan disukai ramai orang.
Hati emas, maksudnya, biar hati kita terang berkilau dengan sinar ilmu, ketenangan, kemurahan, kecemerlangan. Biasanya, orang cemerlang adalah mereka yang cinta ilmu, sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan mereka murah memberi apa yang mereka ada, bahkan tak pernah risau ia akan habis.
Orang yang ada hati emas disukai ramai kerana akhlaknya. Mereka cukup menonjol kerana memiliki peribadi memikat, disenang semua orang, ibarat mendampingi sebondong emas. Orang cukup senang hati setiap kali bersama mereka atau tiap kali mereka ada.
Seperti emas yang sukar ditemui, begitu juga dengan orang yang ada hati emas. Mereka cukup sukar ditemui, mungkin hanya ada satu dalam seribu.
Pada pendapat Anda, bagaimana cara kita merubah diri untuk membina peribadi berhati emas? Di mana nak bermula, adakah bermula dari komunikasi, kualiti kerja, sukan atau pencapaian akademik?
Agak-agak, cemana cara yang difikirkan sesuai? Siapakah idola ‘hati emas’ yang boleh dijadikan contoh ikutan Anda?
-imotivasi

Saturday, October 8, 2011

MENGANDUNGKAN FIKRI

Semasa mengandungkan Fikri, aku tidak pernah scan untuk tahu jantinanya.Aku pasrah. Ayahanda memang mengharapkan sangat agar anak lelaki kerana katanya nak buat teman pergi Solat Jumaat. Sepanjang 9 bulan aku mabuk teruk. Makan kadang-kadang tu hanya sebungkus nasi lemak dan segelas air untuk satu hari. Memang badanku cukup lemah. Makan kalau lebih sikit, muntah. Pernah suatu masa tu, aku teringin sangat nak minum air tebu. Ayahanda pun bawa aku ke pasar malam. Akupun gembira dapat beli dan minum dengan lahapnya. Tak sempat berjalan dua tiga langkah ,air tebu yang diminum tadi tersembur keluar macam air paip. Nasib baiklah tak kena orang lain.Serik dah lepas tu tak nak minum air tebu lagi.
Kerja-kerja rumah pun tak mampu aku laksanakan. Pelik juga kalau pergi sekolah mengajar, aku sihat aje. Balik rumah..mulalah lemah. Sampai sampah depan mata pun aku tengok aje. Nak pegang penyapu jauh sekali. Terbaring dan kadang2 melayan kerenah along dan angah. Aku pun sering tertanya2, bila agaknya aku nak sihat ni???????

BUNGA ROS


Nyanyian asal: NENG YATIMAH



Oh bunga ros
Yang harum nan mewangi
Merah Putih warnamu menawan hati

Oh bunga ros
kau sekuntum yang terbilang
kau membikin bahaya segala kumbang

c/o Oh bunga ros
       Pohonmu berduri

       Jaga diri berhati-hati                       
       Banyak kumbang ingin datang menghinggapi      

 (Ulang c/o)

(Ulang dari rangkap 1 sampai habis)      

   

EMPAT DARA



Nyanyian : NORANIZA IDRIS
Klik untuk dengar lagu 

Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai     
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu          ( 2X )
Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu           ( 2X )

Empat Dara Berpakaian Sedondon
Berbaju Putih Berkainlah Biru                 ( 2X )
Pandai Mengarang Seloka Dan Pantun
Hitam Manis Hai PandanglahTak Jemu  ( 2X )

( ramai-ramai )
Empat Dara Duduk Di Tepi Sungai
Duduk Menjerat Si Ketamlah Batu          ( 2X )
Manis Rupa Hai Elok Perangai
Sukar Dipilih Yang Manalah Satu           ( 2X )

Empat Dara Hai Denganlah Lagaknya
Bersiar-siar Sekeliling Kota                    ( 2X )
Sekali Pandang Senyuman Manisnya
Tak Mungkin Lupa Sepanjanglah Masa( 2X )

Tuesday, October 4, 2011

MENGAPA WANITA SANGAT ISTIMEWA...

Mama dan Papa sedang menonton TV, 
seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." 
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, 
nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..
dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... 
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...
check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...
memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...
sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...
chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...   baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...   ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...   Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."   masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..   bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..   dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..   ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...   ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...   aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....   So?....apa yang peliknya..??   Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...   Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better... foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...   Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...   Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...   HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

Saturday, October 1, 2011

Resepi Warisan Bonda: KEK KEMBAL

Resepi Warisan Bonda: KEK KEMBAL: 8 biji telur ayam 7 camb. telur ayam 2 camb susu pekat 7 camb gula 8 camb tepung gandum 1 camt baking powder Kacau margerin dengan su...

Resepi Warisan Bonda: KEK HALBAL

Resepi Warisan Bonda: KEK HALBAL: 12 cawan tepung gandum 4 sudu makan margerin 8 sudu makan gula 4 sudu teh baking powder 4 biji telur ayam sedikit susu cair sedikit se...

Resepi Warisan Bonda: BUBUR CA-CA

Resepi Warisan Bonda: BUBUR CA-CA: 300 g keledek 300 g keladi 1/2 biji kelapa (diparut) 5 - 6 sudu besar gula pasir sedikit garam halus 2 helai daun pandan Basuh kelede...

ADA UBI ADA BATAS


NYANYIAN ASAL: SALOMA

KUKEJAR BAYANGAN AKHIRNYA HAMPA
KURENUNG REMBULAN TIADA CAHAYA
KUTIDUR TAK LENA MIMPI DATANG MENGGODA
APAKAH DOSAKU KEKANDA

AIRKU MINUM TAK HILANG DAHAGA
HATIKU RUNSING TIADA TERHINGGA
KAUSIKSA BATINKU HINGGAKU MERANA
APAKAH DOSAKU KEKANDA

ADA UBI ADA BATAS
ADA HARI BOLEHKU BALAS
APA YANG NAKKU KESALKAN
SUDAH NASIB BADAN

KUSEMAI BUDI TIADA TUMBUH
KUTABUR BENIH TIADA BERBUNGA
HATI GELISAH BERTAMBAH RUNSING
APAKAH DOSAKU KEKANDA

JIKALAUKU TAHU JADI BEGINI
TIADA MAKNANYA HIDUP DI DUNIA
DUNIA YANG LUAS TIDAK BERARTI
APAKAH DOSAKU KEKANDA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!